Hari Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Padang Ampang, Kuala Kangsar, Perak kali ke-33 telah diadakan pada 6 haribulan Mac tahun 2008. Ia telah dirasmikan oleh Encik Ghulam Muzammil bin PK Mohamed iaitu Penolong Pengarah Sekolah Rendah Negeri Perak. Encik Ghulam Muzammil bin PK Mohmed sedang berdiri memeriksa lintas hormat perbarisan para pelajar Sekolah Kebangsaan Padang Ampang sambil ditemani oleh Tuan Guru Besar, Encik Mohamad Husaini bin Saad PPT, Ustaz Khairuddin dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah, Encik Abdullah Amin bin Abdul Ghani.


Encik Ghulam Muzammil bin PK Mohamed berucap bagi merasmikan pembukaan Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan Padang Ampang kali ke-33 pada tahun 2008.

Peserta perbarisan rumah merah memberi tabik hormat kepada Penolong Pengarah Sekolah Rendah Negeri Perak, Encik Ghulam Muzammil bin PK Mohamed ketika melintasi di hadapan beliau.

Para peserta perbarisan rumah sukan masing-masing sedang bersedia dan berkumpul di tengah padang sekolah untuk memulakan Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan Padang Ampang kali ke-33 tahun 2008.

Bacaan ikrar daripada adik Muhammad Hadi menandakan permulaan Upacara Temasya Sukan Tahunan kali ke-33 tahun 2008, Sekolah Kebangsaan Padang Ampang. Semua bendera direndahkan ketinggiannya sebagai tanda hormat apabila bacaan ikrar dijalankan.


Hari tu punya le panas, sampai ketua perbarisan tak tahan silau cahaya. Tu pasal tutup muka dengan tapak tangan kot. Orang yang tahan duduk tengah panas tu hanya Ustaz Ruzmi seorang aje. Maklumlah dah lama tinggal kat padang pasir Arab.

Sebahagian daripada para ibu bapa yang hadir ke Temasya Sukan Sekola Kebangsaan Padang Ampang ke-33 pada tahun 2008 ini.



Ini gambar sukarelawan pengadil dari sekolah berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Padang Ampang. Semua cikgu-cikgu ni duduk menantikan acara yang akan berlangsung. Semuanya asyik tengok khemah juruacara je, dah dahaga ke? Nak air sejuk?


Tetamu kehormat, duduk di bahagian kanan kerusi ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin Bukit Chandan, Encik Mohd Jamaai bin Ahmad dan di sebelahnya ialah Encik Abdul Ghani bin Ahmad Mahiyudin dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar.


Tetamu kerhormat, bermula duduk di bahagian kanan gambar ialah Penolong Pengarah Sekolah Rendah Negeri Perak, Encik Ghulam Muzammil bin PK Mohamed, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Padang Ampang, Encik Abdullah Amin bin Abdul Ghani dan Tuan Haji Kharuddin bin Zainal Abidin dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar.


Perbarisan oleh peserta dari rumah biru pulak. Jangan berkawad jadi macam robot berjalan dah le. Semua peserta berkawad dan menunjukkan "kemachoan" masing-masing. Senyumlah sikit!



Ha! Yang ni pulak rumah Laksamana. Orang yang memegang bendera tu dikenali Panglima Hang Amirul. Bukannya pandai bersilat tapi makan bagi kat dia. Sambil tu yang wanita tu macam orang malu je, "control" lawa lah tu... maklum le kena ambik gambar.Eh! kat belakang tu ada pulak Puan Syarifah sambil tersenyum. Nak tumpang sekaki ke bergambor?


Ni nak bergambar ke atau nak tunjuk rumah hijau? Puan Suhaili dengan adik Nur Adillia bergambar kat depan sambil ketua rumah hijau adik Muhammad Nuraiman dengan rasa kacaknya memegang bendera rumah sampai peserta lain jadi naik hairan.


Peserta perbarisan rumah hijau menunjukkan bakat terpendam berkawad masing-masing sambil diikuti oleh peserta perbarisan rumah biru dan rumah kuning. Bawa bunga manggar tu jangan main-main pulak...jalan tengok depan jangan asyik tengok bunga je. Temenggong Boleh!


Berdisiplin tinggi rumah Syahbandar ni. Tapi yang pegang bendera tu nampak moyok je...Ada masalah ke? Senyumle sikit buat cam deme tu berdiri tegak, barulah orang tabik. Puan Nalamal kat belakang tu tak rasa panas ke?

Cheeewah! Bergaya sakan nampak rumah merah.Yang pegang papan rumah Bendahara tu macam nak terbang je. Al maklumlah ada kepak kat belakang. Tiga orang yang kat depan tu pulak ada mata besor...jangan tak nampak jalan sudahlah. Nampaknya Sekolah Kebangsaan Padang Ampang ada "Rama-rama Women", ingat ada "Kluang Man" je ke.


Ini dia "hero 60-an" Sekolah Kebangsaan Padang Ampang. Bakal jadi sebagai penyanyi Akademi Fantasia tah ke berapa? Yang kat belakang tu semua pakai topeng, rasanye dah lawa le kot. Jangan-jangan nak buat "Party Birthday"? Lepas ni jangan lupa buat "Party".


Adik ni nak berlakon pakai topeng ke? Abang ngan kakak kat belakang tu semuanya pakai tajak nak bersilat ni. Silat tak reti le, tapi bergusti macam koboi tu boleh je... tambah-tambah Muhammad Aiman tu semua boleh.


Ha! Yang ni acara untuk kaum bapa pulak. Siapa baling kapal terbang kertas paling jauh. Baik-baik baling tu... tiup muncung dia dulu, baru baling. Petua main kapal terbang ni kalau nak terbang jauh kapal terbang tu kena hembus nafas dulu dengan mulut, tapi jangan hembus sampai basah pula muncung kapal terbang tu. Tersembor pulak air lior weh! Lain jadinya nanti. Ha! lepas tu baling... tapi jangan pulak ada terbang balik ke belakang. Kes naya nanti.

Perbarisan Rumah Hijau diketuai oleh adik Muhammad Nuraiman.

Encik Faizal sambil "control handsome"bersama
Cikgu Zainatal Hany dan Ustazah Farhana sedang
mengendali PA sistem dihari sukan. Panas ke?
Sampai nampak muka tu berkerut menahan panas.
Panas pun kena juga jalankan tanggungjawab.
Jangan lari dah le, tak de sapa nak jadi DJ.

Ustazah Farhana, guru sementara dan Puan Masnidawati, Pegawai Tadbir Sekolah Kebangsaan Padang Ampang di meja urusetia mendaftar peserta dan membuat catatan.

Puan Hajah Zaiton dan Puan Hanimah sebagai guru di bahagian
hadiah. Di belakang ialah gambar Encik Tahrim Pegawai Pembantu
Am Rendah Sekolah Kebangsaan Padang Ampang. Encik Tahrim
cari kunci kereta Mercedes ke hilang tu?

Acara 100 meter pertandingan rumah baru bermula.
Satu, dua, tiga...... lari, lari, lari......

Acara 100 meter untuk perempuan telah bermula. Cepat
lari Yong, laju lagi Yong.... nampaknya Yong dari
pasukan rumah kuning kat depan sekali.... dalam gambar je la.